SELAMAT DATANG...

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA...

Monday, 5 December 2011

Mari belajar tatabahasa

Selamat sejahtera semua. Hari ini kita akan belajar tatabahasa untuk tajuk Kata Nama Am dan Kata Nama Khas.

Kata Nama Am 
1. Kata nama am ialah perkataan yang digunakan untuk menyebut sesuatu benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa secara umum. contohnya :
  • manusia : guru, pengantin, penduduk
  • haiwan : harimau, buaya, kucing
  • tempat : taman, pekan, negeri
  • benda : buku, kereta, bangunan
2. Huruf pangkal kata nama am ditulis dengan huruf kecil kecuali apabila kata nama itu diletakkan pada awak ayat. Contoh : Rumah itu cantik. Saya tinggal di rumah itu.

Kata Nama Khas
1. Kata nama khas ialah perkataan yang digunakan untuk menyebut sesuatu benda yang bernyawa dan tidak bernyawa secara khusus. Contohnya :
  • manusia : Cikgu Ida, Kapten Raju, Encik Lim
  • haiwan : Pak Belang, Sang Bedal, Si Tompok
  • tempat : Taman Cempaka, Seremban, Malaysia
  • benda : Tatabahasa Dewan, Proton Exora, Menara Kuala Lumpur
2. Huruf pangkal kata nama khas hendaklah ditulis dengan huruf besar sama ada kata nama khas itu diletakkan pada awal, pertengahan atau akhir ayat. Contohnya : Puan Ratna hendak melancong ke Sabah esok. Beliau akan menaikki kapal terbang Air Asia.

No comments:

Post a Comment