SELAMAT DATANG...

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA...

Tuesday, 6 December 2011

Kata Adjektif

1. Kata adjektif menerangkan sifat sesuatu benda.
Contohnya : aman, bersih, cantik, deras, elok, gagah, hanyir dan sebagainya.
2. Kata adjektif juga boleh terdiri daripada perkataan berimbuhan seperti seelok, kehijau-hijauan, setinggi dan sebagainya.
3. Kata adjektif juga boleh disertai dengan penguat amat, sungguh, sekali, paling dan sebagainya.
Contohnya : pergi, datang, duduk, tidur, berjanji, tertidur, tertawa, menangis, mengalir dan sebagainya.
Ayat contoh :
a) Bayi itu sungguh comel.
b) Rumah usang itu roboh ditiup angin kencang.
c) Abangnya tidak setinggi kawan saya.

Kesalahan umum tatabahasa.
1. Frasa adjektif perlu diikuti oleh frasa sendi apabila diperluas.
a) Saya gemar rancangan itu. ( x )
b) Saya gemar akan rancangan itu. ( / )

2. Apabila kata adjektif yang berawalan teR-digunakan sebagai penerangan, kata penguat tidak diperlukan lagi.
a) Chong ialah murid yang paling terpandai di dalam kelas saya. ( x )
b) Chong ialah murid yang terpandai di dalam kelas saya. ( / )


No comments:

Post a Comment