SELAMAT DATANG...

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA...

Tuesday 6 December 2011

Kata Adjektif

1. Kata adjektif menerangkan sifat sesuatu benda.
Contohnya : aman, bersih, cantik, deras, elok, gagah, hanyir dan sebagainya.
2. Kata adjektif juga boleh terdiri daripada perkataan berimbuhan seperti seelok, kehijau-hijauan, setinggi dan sebagainya.
3. Kata adjektif juga boleh disertai dengan penguat amat, sungguh, sekali, paling dan sebagainya.
Contohnya : pergi, datang, duduk, tidur, berjanji, tertidur, tertawa, menangis, mengalir dan sebagainya.
Ayat contoh :
a) Bayi itu sungguh comel.
b) Rumah usang itu roboh ditiup angin kencang.
c) Abangnya tidak setinggi kawan saya.

Kesalahan umum tatabahasa.
1. Frasa adjektif perlu diikuti oleh frasa sendi apabila diperluas.
a) Saya gemar rancangan itu. ( x )
b) Saya gemar akan rancangan itu. ( / )

2. Apabila kata adjektif yang berawalan teR-digunakan sebagai penerangan, kata penguat tidak diperlukan lagi.
a) Chong ialah murid yang paling terpandai di dalam kelas saya. ( x )
b) Chong ialah murid yang terpandai di dalam kelas saya. ( / )


kita dengar lagu...

Monday 5 December 2011

Kata Kerja

Kata Kerja
1. Kata kerja terbahagi kepada dua jenis iaitu kata kerja aktif dan kata kerja pasif.
2. Kata kerja aktif pula ada dua jenis :
a) kata kerja transitif, iaitu perbuatan yang memerlukan objek untuk melengkapkan maksudnya. contoh :
  • makan roti : makan ialah kata kerja transitif dan roti ialah objek.
  • menulis surat : menulis ialah kata kerja transitif dan surat ialah objek.
  • meletakkan buku : meletakkan ialah kata kerja transitif dan buku ialah objek.
b) kata kerja tak transitif, iaitu perbuatan yang tidak memerlukan objek untuk melengkapkan maksudnya.
contoh : duduk, terbang, berlari, tersenyum, menangig, menjerit

c) contoh kata kerja pasif pula adalah seperti : saya tanam, kami lukis, kamu buat, digantung, diletakkan, dijatuhi

Mari belajar tatabahasa

Selamat sejahtera semua. Hari ini kita akan belajar tatabahasa untuk tajuk Kata Nama Am dan Kata Nama Khas.

Kata Nama Am 
1. Kata nama am ialah perkataan yang digunakan untuk menyebut sesuatu benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa secara umum. contohnya :
  • manusia : guru, pengantin, penduduk
  • haiwan : harimau, buaya, kucing
  • tempat : taman, pekan, negeri
  • benda : buku, kereta, bangunan
2. Huruf pangkal kata nama am ditulis dengan huruf kecil kecuali apabila kata nama itu diletakkan pada awak ayat. Contoh : Rumah itu cantik. Saya tinggal di rumah itu.

Kata Nama Khas
1. Kata nama khas ialah perkataan yang digunakan untuk menyebut sesuatu benda yang bernyawa dan tidak bernyawa secara khusus. Contohnya :
  • manusia : Cikgu Ida, Kapten Raju, Encik Lim
  • haiwan : Pak Belang, Sang Bedal, Si Tompok
  • tempat : Taman Cempaka, Seremban, Malaysia
  • benda : Tatabahasa Dewan, Proton Exora, Menara Kuala Lumpur
2. Huruf pangkal kata nama khas hendaklah ditulis dengan huruf besar sama ada kata nama khas itu diletakkan pada awal, pertengahan atau akhir ayat. Contohnya : Puan Ratna hendak melancong ke Sabah esok. Beliau akan menaikki kapal terbang Air Asia.

Mari belajar tatabahasa

Hai, saya Elyana.. Selamat datang ke blog saya..jom jadi follower saya. kita boleh kongsi ilmu bersama..Selamat berkongsi ilmu dan cerita ok...